Thursday, May 29, 2008

Keluargaku....disayangi selalu


Inilah keluarga saya yang bahagia. Anak sulung dilahirkan di Pahang, anak kedua di Johor manakala anak ketiga di Kelantan. Kesemua anak saya lelaki. Isteri bertugas sebagai guru yang kini mengajar di Jeli. Sebelum ini kami berdua bertugas di Johor. Selama 8 tahun kami di situ. Anak sulung kini berumur 10 tahun. Anak kedua 8 tahun.Anak ketiga kini berumur 3 bulan. Saya berasa amat bangga akan anak-anak saya. Saya berasal dari Tumpat manakala isteri pula dari Kota Bharu.

album

album

album

Dari Maldives


Setem ini dari negara Maldives. Negara yang mempunyai 100% penduduk islam. Merupakan sebuah negara pulau. Kegiatan ekonomi utamanya ialah pelancongan dan perikanan. Persekitaran negara ini amat bersih dan cantik dengan pantai yang memutih dan dikelilingi laut yang membiru.

Wednesday, May 28, 2008

Fuyo...klasiknyerrrrrr.

Saya pun tak tahu bila setem ini dikeluarkan. Ini setem lama. Pada masa itu, nama Malaysia belum wujud lagi, negara kita dikenali sebagai Malaya. Setem ini bernilai 4 sen. Tak pasti pula gambar siapa yang dicetak padanya. Tunku Abdul Rahman barangkali. Yang jelas kelihatan gambar kerbau. Entahlah apa maknanya.

Tuesday, May 27, 2008

Persidangan Komanwel

Dikeluarkan sempena Malaysia menjadi tuan rumah persidangan negara-negara komanwel. Pada setem dicetak logo negara komanwel dan berlatarbelakangkan bangunan parlimen Malaysia.

Setem Australia

Ini contoh setem negara Australia yang ada dalm koleksi saya. Ada banyak setem keluaran negara tersebut dan dalam pelbagai harga. Boleh bertukar-tukar dengan saya

Pulihara Haiwan Kita

Setem ini dikeluarkan sebagai satu kempen melindungi haiwan yang menjadi satu keunikan negara kita. Tertera gambar penyu belimbing merangkak di pantai. Lokasi yang biasa dikunjungi oleh penyu betina ketika musim bertelur ialah Pantai Rantau Abang, Terengganu. Spesis ini perlu dilindungi daripada kepupusan akibat tabiat manusia suka makan telurnya.

Monday, May 26, 2008

Jambatan Pulau Pinang

Setem ini dikeluarkan sebagai kenangan sempena pembukaan Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini adalah yang terpanjang di Asia Tenggara. Pada setem tertera gambar jambatan dan logo syarikat konsesi yang bertanggungjawab ke atas jambatan tersebut.

Setem Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia


Setem ini dikeluarkan sempena sambutan hari kanak-kanak sedunia. Ini membuktikan bahawa negara kita amat mengambilberat akan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak kita. Anak-anak hari ini adalah bakal pewaris kita dan pemimpin masa akan datang. Lindungan kank-kanak kita.....

Setem Dari Mesir

Setem ini datang daripada pelajar-pelajar perubatan Malaysia yang belajar di Mesir. Ada beberapa keping lagi yang pelbagai harga dalam koleksi saya. Gambar yang dicetak merupakan spesis haiwan yang agak pelik.

Setem Sempena Sukan Komanwel

Saya memiliki beberapa keping setem sempena sukan komanwel. Ingin bertukar-tukar dengan sesiapa yang berminat.