Monday, June 2, 2008

Bapa Kemerdekaan Malaysia


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia kerana jasa-jasa beliau yang tak ternilai kepada bangsa dan tanah air kita. Dengan penuh kebijaksanaan, beliau memupuk dan membina perpaduan yang jitu di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu, yang terdiri daripada kaum majoriti Melayu,Cina dan India serta kaum-kaum lain untuk membuktikan kemampuan kita membentuk negara yang merdeka seterusnya memerintah dan memajukan negara kita mengikut cara kita sendiri. Sebagai pewaris kepada kemerdekaan yang mahal ini, kita seharusnya terus bersatu padu dan mempertahankan kedaulatan yang berada dalam genggam kita. Andai kata kemerdekaan ini tergadai,nescaya kita akan merintih di bumi sendiri. Ayuh semua kaum;Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan dan masyarakat asli lainnya, bersama kita bergading bahu dan bersatu hati mengorak langkah yang lebih gagah dan pantas menuju ke arah dan destinasi yang sama iaitu makmur,maju dan terus berdaulat.

3 comments:

mohad said...

salam..saya sudah link blog

mohad said...

salam... apa khabar..

mohad said...

salam.. apa khabar sekarang..